Isnin, 27 Oktober 2014

CARA-CARA MEMBUAT KETUPAT PALAS

RESEPI KETUPAK PALAS





Bahan bahan 

1 kilo beras pulut (4 cawan) 
2 1/2 cawan santan pekat (pati santan)

2 cawan santan cair/air
1 cb gula 
1 cb garam daun palas secukupnya

Cara-cara 

1. Beras pulut dibersihkan dan toskan airnya. Asingkan. 
2. Tuang kedua dua santan ke dalam periuk dan didihkan. 
3. Kemudian masukkan beras pulut, garam dan gula. 
4. Kacau pulut sehingga 1/2 masak ataupun sehingga airnya kering dan pulut tidak lagi melekat di kuali. Gunakan api sederhana dan sentiasa mengacau supaya pulut tidak melekat dan hangus.
5. Padamkan api. Angkat kuali dari dapur dan biarkan pulut sejuk. 
6. Ambil sehelai daun palas yang telah dibersihkan dan balut seperti biasa. Buat sehingga habis kesemuanya. 
7. Rebus/kukus lebih kurang 1 ke 1 1/2 jam. 
8. Angkat dan sejukkan sekurang kurangnya 4 jam sebelum dipotong.

1. Bersihkan beras pulut dan toskan airnya. Masak bersama santan sehingga 1/2 masak dan pulut tidak lagi melekat di dinding periuk.

2. Beginilah rupa pulut yang telah dimasak. Pulut akan mengeluarkan minyak dengan sendirinya. Nampak tak minyak yg terhasil di bawahnya, ceduk dan buangkan minyak tersebut. Biarkan pulut sejuk.

3. Kemudian, lihat pulat cara membuka dan membalut ketupat. Ambil satu batang daun palas. Gunting sedikit hujung sebelah atasnya agar sama. Kemudian buka dan simpulkan seperti ini. Boleh juga dibuka banyak banyak dan simpulkan sekaligus. Daun palas boleh dibuka awal/sehari sebelumnya bagi memudahkan proses membalut ketupat nanti. Pilihlah daun yang panjang dan sederhana lebar bagi memudahkan proses membalut ketupat.

4. Ambil sehelai daun palas, lapkan depan dan belakang daun sehingga semua habuk2 halus tanggal dan bersih.\

5. Simpulkan daun palas sehingga terbentuk kelongsong seperti ini. Lebih kurang macam kelongsong isi kacang putih yang ane india dok jual kat tepi jalan tu.... Biarkan ekor daun palas terjuntai.
 
6. Masukkan beras pulut yg telah dimasak tadi ke dalamnya. Tekan-tekankan sedikit dengan jari jemari halus anda biar pulut padat di dalam kelongsong. Jangan letak pulut melebihi paras daun kerana ianya akan menyukarkan anda untuk membalutnya nanti. Seelok eloknya biar sama paras dengan sisi daun.



7. Kemudian, tarik ekor daun palas menghala ke bawah bagi menutupi pulut tersebut

8. Rapatkan dan kemaskan daun tersebut. Biar betul betul ketat balutannya.

9. Pusing pula daun ke belakang kelongsong sambil menghala ke atas seperti ini.

10. Kemudian lipat lagi sekali seperti ini.

11. Alihkan kedudukan ketupat biar muncungnya menghala ke atas seperti ini.

12. Tarik ekor daun tadi dan sematkan di celah lipatan. Hati hati agar balutan tidak terbuka.

13. Kemaskan/ketatkan balutan dengan cara menarik ekor daun kuat sedikit. Jangan tarik terlalu kuat kerana daun palas akan terkoyak. Agak agakla ya.

14. Kemudian simpulkan ekornya seperti ini bagi mematikan balutan dan juga untuk mengelakkan air dari masuk ke dalam ketupat bila direbus.

15. Taraaaaa..... keetupat palas telahpun siap dibalut. Mudah bukan.

16. OOppppssss tak habis lagi ni.....Guntingkan sedikit tangkainya biar pendek supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam periuk.

17. Lepas tuuu, apa lagi, rebus/kukus lerrrr..... Rebus/kukus selama lebih kurang 1 ke 1 1/2 jam hingga masak. Bila dah masak, buangkan air rebusan/kukusan dan biarkan ketupat sejuk lebih kurang 4 jam sebelum dipotong bagi mendapatkan hasil yang cantik dan memuaskan. 

Nota : Ketupat yang betul2 elok/menjadi, akan tahan 2 ke 3 hari pada suhu bilik. Ketupat yang telah siap dibalut boleh juga dimasukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan disimpan di bahagian sejukbeku dan direbus/dikukus bila perlu.

Ahad, 26 Oktober 2014



Pulut Lepa ganu

Bahan-bahan

1. 300 g pulut, direndam semalaman
2. 125 ml santan (dari 1 kelapa)
3. sedikit garam
4. 10-12 daun pisang (18x18 cm), dilayur
5. 20-24 batang lidi (pencucuk)

Bahan inti

1. 400 g ikan selayang/kembung, direbus, ambil isi & tumbuk
2. 4 biji bawang merah, dicincang halus
3. 1/2 biji kelapa parut
4. 200 ml santan (1/2 kelapa)
5. 1/2 kpg asam gelugur (kecil)
6. 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
7. sedikit gula
8. sedikit garam

Cara penyediaan
Kukus pulut sehingga masak (30 minit)
Angkat pulut dan gaulkan dengan santan yang telah dicampurkan garam dan gula
Kukus pulut tersebut selama 5 minit lagi.
Angkat dan sejukkan.

Untuk inti:
Kacau semua bahan di dalam kuali hingga agak kekeringan (masih lembab sedikit). Angkat dan biar sejuk.

RESEPI APAM BERAS


APAM BERAS
Bahan-bahan
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar – tak letak
3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
(sayaltk 1½ cwn gula pasir, brown sugar tak letak)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara Penyediaan

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.



Saya balutkan penutup kukusan dengan tuala atau kain seperti dalam gambar, supaya air tak menitis pada apam…….

Tips: Kalau nak kan permukaan apam cantik dan tak terbelah sila guna api kecil semasa mengukus…. tapi … Kalau suka permukaan apam tu terbelah dan tersenyum mekar boleh gunakan api besar semasa mengukus…. terpulanglah pada citarasa masing2.

RESEPI KUIH LOMPANG


Bahan-bahan



1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah/ gula melaka
2 cawan air
Daun pandan
Kelapa parut putih dengan secubit garam ( kukus sebentar bersama daun pandan yang disimpul)

Cara Membuat:

1. Satukan gula merah/ gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil . Kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. Masak atas api kecil sehingga gula larut. Sejukkan.
2. Satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. Gaul rata dan msukkan air gula yang telah sejuk tadi. Gaul hingga sebati.
3. Tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
4. Kukus 10 minit atau hingga masak. Apabila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.Gaulkan dengan kelapa parut yang di kukus tadi.

Pesanan: Jika hendak perisa pandan atau warna lain, tambahkan sukatan gula untuk menggantikan gula merah.