Bahan bahan
1 kilo beras pulut (4 cawan)
2 1/2 cawan santan pekat (pati santan)
2 cawan santan cair/air
1 cb gula
1 cb garam daun palas secukupnya
Cara-cara
1. Beras pulut dibersihkan dan toskan airnya. Asingkan.
2. Tuang kedua dua santan ke dalam periuk dan didihkan.
3. Kemudian masukkan beras pulut, garam dan gula.
4. Kacau pulut sehingga 1/2 masak ataupun sehingga airnya kering dan pulut tidak lagi melekat di kuali. Gunakan api sederhana dan sentiasa mengacau supaya pulut tidak melekat dan hangus.
5. Padamkan api. Angkat kuali dari dapur dan biarkan pulut sejuk.
6. Ambil sehelai daun palas yang telah dibersihkan dan balut seperti biasa. Buat sehingga habis kesemuanya.
7. Rebus/kukus lebih kurang 1 ke 1 1/2 jam.
8. Angkat dan sejukkan sekurang kurangnya 4 jam sebelum dipotong.
1. Bersihkan
beras pulut dan toskan airnya. Masak bersama santan sehingga 1/2 masak dan
pulut tidak lagi melekat di dinding periuk.
2. Beginilah
rupa pulut yang telah dimasak. Pulut akan mengeluarkan minyak dengan
sendirinya. Nampak tak minyak yg terhasil di bawahnya, ceduk dan buangkan
minyak tersebut. Biarkan pulut sejuk.
3. Kemudian,
lihat pulat cara membuka dan membalut ketupat. Ambil satu batang daun palas.
Gunting sedikit hujung sebelah atasnya agar sama. Kemudian buka dan simpulkan
seperti ini. Boleh juga dibuka banyak banyak dan simpulkan sekaligus. Daun
palas boleh dibuka awal/sehari sebelumnya bagi memudahkan proses membalut
ketupat nanti. Pilihlah daun yang panjang dan sederhana lebar bagi memudahkan
proses membalut ketupat.
4. Ambil
sehelai daun palas, lapkan depan dan belakang daun sehingga semua habuk2 halus
tanggal dan bersih.\
5. Simpulkan daun palas sehingga terbentuk kelongsong
seperti ini. Lebih kurang macam kelongsong isi kacang putih yang ane india dok
jual kat tepi jalan tu.... Biarkan ekor daun palas terjuntai.
6. Masukkan
beras pulut yg telah dimasak tadi ke dalamnya. Tekan-tekankan sedikit dengan
jari jemari halus anda biar pulut padat di dalam kelongsong. Jangan letak pulut
melebihi paras daun kerana ianya akan menyukarkan anda untuk membalutnya nanti.
Seelok eloknya biar sama paras dengan sisi daun.
7. Kemudian,
tarik ekor daun palas menghala ke bawah bagi menutupi pulut tersebut
8. Rapatkan
dan kemaskan daun tersebut. Biar betul betul ketat balutannya.
9. Pusing
pula daun ke belakang kelongsong sambil menghala ke atas seperti ini.
10. Kemudian
lipat lagi sekali seperti ini.
11. Alihkan
kedudukan ketupat biar muncungnya menghala ke atas seperti ini.
12. Tarik
ekor daun tadi dan sematkan di celah lipatan. Hati hati agar balutan tidak
terbuka.
13.
Kemaskan/ketatkan balutan dengan cara menarik ekor daun kuat sedikit. Jangan
tarik terlalu kuat kerana daun palas akan terkoyak. Agak agakla ya.
14. Kemudian
simpulkan ekornya seperti ini bagi mematikan balutan dan juga untuk mengelakkan
air dari masuk ke dalam ketupat bila direbus.
15.
Taraaaaa..... keetupat palas telahpun siap dibalut. Mudah bukan.
16.
OOppppssss tak habis lagi ni.....Guntingkan sedikit tangkainya biar pendek
supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam periuk.
17. Lepas
tuuu, apa lagi, rebus/kukus lerrrr..... Rebus/kukus selama lebih kurang 1 ke 1
1/2 jam hingga masak. Bila dah masak, buangkan air rebusan/kukusan dan biarkan
ketupat sejuk lebih kurang 4 jam sebelum dipotong bagi mendapatkan hasil yang
cantik dan memuaskan.
Nota :
Ketupat yang betul2 elok/menjadi, akan tahan 2 ke 3 hari pada suhu bilik.
Ketupat yang telah siap dibalut boleh juga dimasukkan ke dalam bekas yang
bersesuaian dan disimpan di bahagian sejukbeku dan direbus/dikukus bila perlu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan